CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

kejap.

kata orang,
buat apa cari yang sempurna kalau yang sederhana mampu bikin bahagia ?
setuju.

diri pon takdak lah nak cari yang sempurna.
tak mampu mak aih.

cukuplah yang boleh kata : "aih, jangan kacau. itu gadis aku"
tu je kita nak dengar. 
tu je. 

tapi.....
hati takpayah nak senang jatuh hati sangat boleh tak ?


rimas. 


Image
ini memori hari ini.
rasa macam serunuk.
kejap.

tentang babak akhir.

penat mencipta babak ke babak, mahu sempurnakan hidup katanya.

ingat sahabat menyetan bersama ?
sahabat itu, siti nurhalijah md dzahir namanya.
juji? itu nama manja.

hari ini, genap April kelimabelas duaributigabelas,
kelibat dia hilang.
pergi dari kami, mencari hidup baru katanya.
atau mungkin pergi mencorak masadepan gemilang. siapa tahu?

dan hari ini, pertama kali berkecaisepai hati aku seperti tiada akhir.
air mata jadi murah.
anggota badan terasa tiada kudrat, lemah.
ranap hancur itu lagi sakit jika dibandingkan putus cinta.
bangsat!

ah, persetanlah.
aku tahu perasaan itu cuma sekejap.
jadi menangis lah puaspuas.

aku yakin, suatu hari dia cuma akan jadi stranger with memories.
takpe, kenangan aku simpan. aku tak lupa.

hmm.
kata orang manis itu sampai bilabila.
tapi,
sesempurna manapun impian dan rancangan kita,
aturan Rabbi maha sempurna.
mampu aku hanya jadi tukang tadah.
akhir kata,
terimakasih kawan untuk detik bersama.



p/s:
halijah,
semoga kamu hidup diberkati tuhan. semoga kamu belajar daripada kesilapan. semoga kamu dapat mengorak langkah mencipta kegemilangan hidup dengan jaya. semoga tercapai semua impian dan anganangan. akhir kata, semoga dalam jagaan tuhan. 


"aku sayang kau sampai Allah ambik ingatan aku tentang kau" kata dia (:
"aku sayang kau sampai Allah ambik ingatan aku tentang kau"
kata dia (:

"jemal, ke kedah jom. aku rindu Juji"
suatu hari, itu pasti.
dan hari ini babak akhir itu berhenti disini.

tentang arjuna.

antara memilih dan dipilih, aku pilih memilih.

kerana pabila dipilih, rasanya belum sampai mampu aku untuk jadi yang terbaik.
dan pabila memilih, dengan izin tuhan akan aku rangkul segala kudrat untuk jadi yang terbaik.
itu aku pasti.

jadi,
hey arjuna idaman, bersedia untuk dipilih ?

aku tak harap banyak, cuma satu.----
semoga kau bisa jatuh samasama,
hancur samasama,
ranap samasama,
lengkapi apaapa yang aku rasa belum sempurna.

pendek kata, semoga kau bisa disisi sampai tiba waktu aku nanti.
mampu ?


tunggu pinangan katanya. 

tentang dia tu.

awak mengejek impian saya
awak kata ia cuma ilusi saja
awak rasa itu fantasi semata
itu cuma angan-angan gila

tapi itukan impian saya
mimpi saya bukan awak punya
dan saya tak minta awak apa-apa
itu semua tuhan punya kerja

seperti mana awak mahu saya hormati awak apa adanya
seperti itulah saya mahu awak belajar erti jiwa manusia.

awak bukan orang lain
awak kan kawan
apa ertinya kawan
kalau bukan meneman
mimpi saya jadi kenyataan.


sedih. 


p/s : ini untuk halijah. kita dua sahabat tiada waktu kita sama kepala. tapi, terimakasih. (:

tentang penat.

aku mulakan entri ini dengan nama pemilik cinta.
Allah.

aku segan berkehendakkan orang yang tak berkehendakkan aku.
aku cuma tak mampu berhenti berharap sebelum tiba waktu dimana hari cinta sejati antara dua jiwa itu muncul.

sungguh, sebenarnya aku penat sedih.
aku penat menangis.
aku penat letih.
aku penat .
aku mahu putus asa.

tapi itu mustahil bilamana otak aku kata lepaskan, lepaskan, lepaskan dan..
hati aku kata aku mahu dia, aku mahu dia, aku mahu dia.
hati dan otak, bila masa mereka wujud sebelah menyebelah. bangsat !

walaupun aku masih sa-orang pendosa yang belum menemui noktah, namun aku seorang yang sangat percaya akan doa.
setiap sujudku, aku selit namanya. tapi setiap sujudnya, diselit nama lain !
satu soalan aku, Allah! kenapa begitu ?
kata orang, tuhan takkan uji seseorang hambanya melainkan dia tahu hambanya mampu mengatasinya...
tapi bila aku akan mampu ?
bila ?

Nurul Hakimah,
mata kamu pernah lebih bengkak dari ini.
tulang kamu pernah lebih patah dari ini.
perasaan kamu pernah lebih terleburhancur dari ini.
hati kamu pernah lebih berkecaisepai dari ini.
bangkit!
jangan rebah dulu !


"Rabbul izzati, andai benar dia telah tercipta untukku, biarlah semuanya berjalan atas landasanMu, andai bukan, engkau hilangkanlah rasa cinta aku terhadapnya. ameen. "


                                                                                                                                          -- aku tahu aku mampu.