CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

tentang babak akhir.

penat mencipta babak ke babak, mahu sempurnakan hidup katanya.

ingat sahabat menyetan bersama ?
sahabat itu, siti nurhalijah md dzahir namanya.
juji? itu nama manja.

hari ini, genap April kelimabelas duaributigabelas,
kelibat dia hilang.
pergi dari kami, mencari hidup baru katanya.
atau mungkin pergi mencorak masadepan gemilang. siapa tahu?

dan hari ini, pertama kali berkecaisepai hati aku seperti tiada akhir.
air mata jadi murah.
anggota badan terasa tiada kudrat, lemah.
ranap hancur itu lagi sakit jika dibandingkan putus cinta.
bangsat!

ah, persetanlah.
aku tahu perasaan itu cuma sekejap.
jadi menangis lah puaspuas.

aku yakin, suatu hari dia cuma akan jadi stranger with memories.
takpe, kenangan aku simpan. aku tak lupa.

hmm.
kata orang manis itu sampai bilabila.
tapi,
sesempurna manapun impian dan rancangan kita,
aturan Rabbi maha sempurna.
mampu aku hanya jadi tukang tadah.
akhir kata,
terimakasih kawan untuk detik bersama.



p/s:
halijah,
semoga kamu hidup diberkati tuhan. semoga kamu belajar daripada kesilapan. semoga kamu dapat mengorak langkah mencipta kegemilangan hidup dengan jaya. semoga tercapai semua impian dan anganangan. akhir kata, semoga dalam jagaan tuhan. 


"aku sayang kau sampai Allah ambik ingatan aku tentang kau" kata dia (:
"aku sayang kau sampai Allah ambik ingatan aku tentang kau"
kata dia (:

"jemal, ke kedah jom. aku rindu Juji"
suatu hari, itu pasti.
dan hari ini babak akhir itu berhenti disini.

No comments:

Post a Comment