CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

tentang khilaf.

Kadangkadang hati terdetik,
Mengapa susah diri dihargai orang ?
Impian untuk dihargai tinggi aku gantungkan,
Namun impian itu mungkin akan kekal sebagai satu mimpi,
Mimpi yang aku sendiri tidak tahu kemana sudahnya.
Ah, persetan !
Yang aku tahu,
Aku citacita aku tinggi,
Tapi yang aku dapat cuma sederhana.
Kenapa ? kerana khilaf aku.
Khilaf aku, aku buta.
Khilaf aku, aku tk pandai menghargai,
Khilaf aku, terlalu mengikut kehendak diri,
Khilaf aku, pentingkan diri sendiri,
Khilaf aku, senang putus asa, ratapi kelemahan sendiri,
Khilaf aku, selalu diam menyepi,
Khilaf aku, penuhkan fikiran dengan persepsi makan hati
Khilaf aku, terlalu menyayangi,
Khilaf aku, punyai impian tinggi,
Khilaf aku, belakangkan rabbi,
Khilaf aku, mahu hidup sempurna dengan mimpi
Ya, khilaf aku.

-- Andai ada kesempatan, suatu hari pasti aku kuburkan semua khilaf.

No comments:

Post a Comment